Melaka FC perlukan sokongan peminat bola sepak tempatan

Melaka FC perlukan sokongan peminat bola sepak tempatan

MOHD. SAIFUL MAT SAPERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Peminat bola sepak tempatan dan penyokong Melaka FC diminta terus menyokong Skuad Hang Tuah yang akan bermain dalam saingan Liga Super Musim 2025/2026 bermula bulan depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Mohd. Saiful Mat Sapri berkata, kejayaan Melaka FC merangkul gelaran juara Liga A1 Semi-Pro Musim 2024/2025 perlu dihargai, sekali gus melayakkan pasukan itu beraksi ke Liga Super musim ini.

“Saya amat berharap peminat bola sepak di Melaka dapat memberikan sokongan padu kepada kelab Melaka FC yang tampil membuat penampilan sulungnya dalam kancah saingan bola sepak Liga Super musim ini terutama menjelang perlawanan kedua bertemu Pulau Pinang di Stadium Hang Jebat pada 13 Ogos.

“MAFA dengan ini menyatakan sokongan penuh kepada Melaka FC yang dibimbing jurulatih, K. Devan untuk memberikan persembahan terbaik dengan 13 pasukan yang bersaing dalam liga tersebut,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif MAFA di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, semalam.

Melaka FC akan membuka tirai kempen pertama apabila bertandang ke Stadium Likas bertemu Sabah pada 10 Ogos ini.

Mohd. Saiful berkata, mesyuarat semalam memutuskan Kongres MAFA akan diadakan pada 9 September ini.

Katanya, bagi kancah Liga Divisyen Satu, Divisyen Dua dan Divisyen Tiga Melaka dijadualkan berlangsung pada Oktober.

“Mesyuarat telah menetapkan sebanyak 12 kelab layak untuk bertanding Divisyen 1 diikuti 16 kelab dalam Divisyen Dua manakala bagi Divisyen Tiga terbuka mana-mana kelab yang tidak bermain dalam dua divisyen tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN