KUBANG PASU: Tragedi menyayat hati yang meragut nyawa kedua ibu bapa dan empat adik kepada Putri Qisya Nur Izzat, 12, di Sungai Korok, Sabtu lalu terus mendapat simpati dan perhatian pelbagai pihak. Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, kehadirannya mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menyampaikan salam takziah kepada keluarga itu. “Saya telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) agar aspek kesihatan mental Putri Qisya diberi perhatian khusus. Sesi kaunseling telah dimulakan dan saya difahamkan sesi susulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya