KUALA PILAH: Musim buah-buahan tempatan bukan hanya dinantikan oleh penggemarnya, malah menjadi peluang keemasan buat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) meraih rezeki melalui jualan secara kecil-kecilan. Sharulzila Sazali, 43, yang lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 20 tahun lalu berkata, sebanyak 250 kilogram (kg) manggis telah dijualnya sepanjang musim ini. Selain manggis, petai juga mendapat sambutan apabila berjaya menjual sehingga 1,000 papan dalam tempoh sebulan. Kata Sharulzila, pada…










