PUTRAJAYA: Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pengantara dalam usaha mendamaikan konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai menyatakan penghargaan terhadap cadangan Malaysia bagi mewujudkan proses damai dan gencatan senjata antara kedua-dua negara. Bagaimanapun, beliau memaklumkan insiden tembak-menembak masih berlaku di beberapa kawasan tertentu. “Masih berlaku tembak-menembak di sempadan Thailand-Kemboja. Saya telah…










