PETALING JAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel merampas kuasa pentadbiran Masjid Ibrahim (Ibrahimi Mosque) di Hebron (al-Khalil), Palestin daripada pihak Majlis Perbandaran Hebron. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tindakan provokatif itu jelas mencabuli prinsip undang-undang antarabangsa serta ketetapan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengiktiraf Masjid Ibrahim sebagai tapak warisan dunia sejak 2017. “Masjid Ibrahim merupakan antara…










