KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menyenaraikan lapan elemen Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (WTK) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Lapan elemen tersebut ialah Mak Yong (2008), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Ong Chun/Wangchuan/Wangkang (2020) yang dicalonkan bersama Republik Rakyat China, Pantun (2020) bersama Indonesia, Songket (2021), serta Kebaya dan Budaya Sarapan di Malaysia yang…









