Malaysia beri jaminan memudahkan proses pelaburan 

Malaysia beri jaminan memudahkan proses pelaburan 

PERDANA MENTERI DATUK SERI Anwar Ibrahim, menerima kunjungan hormat daripada pengerusi Indorama Corporation, Sri Prakash Lohia, di Putrajaya. - Pejabat Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memberi jaminan bahawa kerajaan akan memudah cara proses pelaburan di negara ini.

Perkara itu antara perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Indorama Corporation, Sri Prakash Lohia bersama delegasinya di Putrajaya hari ini. 

Anwar berkata, Indorama kini merupakan antara pengeluar global utama dalam sektor baja, polimer, gentian, benang dan sarung tangan perubatan, dengan kehadiran di 39 negara dan perolehan tahunan mencecah AS$23 bilion.

“Di Malaysia, Indorama terlibat dalam pengeluaran sarung tangan perubatan dan bakal meluaskan pelaburan sehingga RM6 bilion dalam industri baja.

“Kami bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam kerangka Ekonomi Madani dan saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan memudah cara proses pelaburan ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Katanya, pelaburan strategik seperti ini bukan sahaja mengukuhkan ekonomi negara, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan tempatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN