Macam pisang goreng panas, 60 ribu tiket My Chemical Romance terjual - Utusan Malaysia

Macam pisang goreng panas, 60 ribu tiket My Chemical Romance terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam tempoh 90 minit sahaja, 60,000 tiket konsert band asal Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR) sudah habis terjual.

Berita itu dikongsikan penganjur, Hello Universe menerusi hantaran terima kasih khas di Instagram rasmi mereka.

“Terima kasih Malaysia.

“Sebanyak 60,000 tiket My Chemical Romance South East Asia Tour 2026 di National Stadium Bukit Jalil pada 30 April 2026 secara rasminya habis terjual!” tulisnya.

Namun begitu, ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana kalah dalam perang tiket yang bermula 11 pagi tadi.

Rata-rata berharap agar hari kedua bakal dianjurkan di tempat yang sama.

“Tolonglah saya merayu, bukalah jualan untuk hari kedua pula,” tulis satu komen.

“Hari bertuah saya, saya berjuang dapatkan tiket ini hingga nafas terakhir. Sikit lagi tiket hampir terjual sepenuhnya tapi saya berjaya dapat dua tiket,” kata komen yang lain.

“Patutlah lama tunggu, bersaing dengan 60,000 orang rupanya,” tulis satu peminat.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, My Chemical Romance (MCR) dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur (KL) tahun hadapan sempena siri jelajah mereka di Asia Tenggara.

Menurut hantaran penyanyi I Don’t Love You itu, persembahan di Malaysia akan berlangsung pada 30 April tahun hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN