PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan sebanyak 55,167 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dijual kepada pihak yang tidak layak termasuk kedai makan, penjaja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Menurut laporan berkenaan, perkara tersebut sekali gus melanggar peraturan yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Selain itu, laporan juga berkata, penjualan melibatkan 713,442kg minyak masak didapati melebihi had pembelian, iaitu tiga peket bagi…