Lelaki cucuk mata buaya untuk selamatkan diri

Lelaki cucuk mata buaya untuk selamatkan diri

Dennis terbaring di dalam perahu sementara menunggu bantuan daripada penduduk kampung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: “Saya diseret ke dasar sungai, saya sempat cucuk matanya dengan jari, barulah ia lepaskan saya.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Demikian kata Dennis Karon, 39, mengenai detik ngeri selepas disambar buaya ketika sedang menyelam untuk melepaskan jala yang tersangkut di Loagan Tebabui, Kuala Tutoh, Baram dekat sini pada petang Sabtu lalu..

Mangsa kini dirawat di Hospital Miri kerana mengalami kecederaan di tangan, punggung dan paha akibat gigitan buaya tersebut.

Kejadian berlaku semasa mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Tutoh bersama-sama abang dan rakannya pergi menjala ikan kira-kira pukul 10 pagi di Loagan Tebabui yang terletak di seberang kampungnya.

Ketika hendak menjala ikan, mereka mendapati banyak buih kecil dari dasar sungai dan terus menebar jala ke arah buih tersebut.

Bagaimanapun, jala tersebut tersangkut di dasar sungai lalu mangsa dan abangnya terjun ke dalam sungai bagi melepaskan jala yang tersangkut itu.

Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Marudi sebelum dirujuk ke Hospital Miri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN