Pelakon popular Korea Selatan meninggal dunia

Pelakon popular Korea Selatan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon popular Korea Selatan, Lee Seo Yi disahkan meninggal dunia pada usia 43 tahun, semalam.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh seorang individu yang dipercayai pengurusnya menerusi sebuah hantaran di media sosial mendiang.

Menerusi hantaran tersebut, mendiang dikatakan sudah meninggal pada 20 Jun lalu sekali gus mengejutkan ramai pihak termasuk rakan industri.

“Seorang yang sentiasa berseri, cantik, baik hati dan menyenangkan kini menjadi bintang di langit pada 20 Jun 2025,” katanya.

Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan, lapor agensi.

“Sebagaimana ramai kamu terkejut dan bersedih dengan berita mengejut ini, kami mohon doa semua agar pemergiannya tenang ke negeri abadi,” tambah pengurusnya.

Kali terakhir Seo Yi muncul menerusi drama bersiri popular, The Divorce Insurance yang telah melabuhkan tirainya pada Mei lalu.

Seo Yi mulakan karier lakonan pada 2013 menerusi drama Hur Jun: The Original Story. Dia kemudian membintangi drama Cheongdamdong Scandal serta filem The King dan Killing Romance.

Selain berbakat dalam bidang seni, Lee juga cemerlang dalam bidang akademik dan merupakan graduan jurusan Pengajian Czech dan Slovakia dari Hankuk University of Foreign Studies, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Pusan National University.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN