MELAKA: Garis panduan penjagaan bayi di taman asuhan kanak-kanak (taska) perlu disemak semula termasuk larangan membedung bayi berusia lebih empat bulan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin berkata, penelitian itu penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini berulang, susulan kejadian seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut di taska disyaki lemas tertiarap, minggu lalu. Beliau berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung amalan…