Bomba selamatkan remaja kepenatan daki Gunung Lambak

Bomba selamatkan remaja kepenatan daki Gunung Lambak

ANGGOTA Bomba membawa turun seorang remaja perempuan yang kepenatan dan hampir pengsan ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang remaja perempuan yang kepenatan dan hampir pengsan ketika mendaki Gunung Lambak di sini yang melalui laluan satu diselamatkan oleh bomba pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Shamsul Amri berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 9.13 pagi sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota menyelamat perlu mendaki setinggi kira-kira 200 meter dari aras laut untuk mendapatkan mangsa bersama tiga rakannya.

“Sebaik sampai di lokasi didapati benar, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam keadaan kepenatan dan hampir pengsan. Anggota bertindak membawa turun mangsa menggunakan pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang menggunakan kenderaan EMRS,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Shamsul berkata, pendakian menggunakan laluan satu lebih mencabar berbanding laluan dua di Gunung Lambak setinggi 510 meter dari aras laut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN