PETALING JAYA: Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja segera melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat dan menyambung semula rundingan damai bagi memulihkan keamanan serta kestabilan di kawasan sempadan kedua-dua negara. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia amat bimbang terhadap peningkatan ketegangan yang telah menyebabkan kematian, kemusnahan harta awam dan pemindahan besar-besaran penduduk di kawasan terjejas. “Malaysia menyeru kedua-dua negara mengamalkan sikap berhemah, mengelak daripada sebarang…