PETALING JAYA: Kos rawatan murah dan khidmat jururawat antara terbaik di dunia menjadi tarikan Malaysia destinasi utama pelancongan kesihatan pesakit antarabangsa. Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, peningkatan pesakit antarabangsa mendapatkan rawatan kesihatan di negara ini disebabkan Malaysia antara negara di Asia Tenggara mempunyai kualiti penjagaan kesihatan yang tinggi. Bukan itu sahaja, katanya, kos yang dikenakan oleh sektor swasta kepada pesakit antarabangsa juga amat berpatutan…









