PETALING JAYA: Enam kontrak berjumlah RM7.878 bilion melibatkan kenderaan perisai Tentera Darat (TDM) berdepan risiko kerugian, berdasarkan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025. Menurut laporan itu, enam kontrak berkenaan melibatkan perolehan kereta perisai Gempita, Pendekar, Adnan, Lipan Bara dan kenderaan tempur infantri (MIFV). Laporan itu berkata, kelewatan dan kelemahan pentadbiran menjejaskan kesiapsiagaan TDM untuk menjadi sebuah angkatan darat yang moden serta berkeupayaan mempertahankan kedaulatan Malaysia. “Antara penemuan utama adalah…