KUALA LUMPUR: Mesyuarat peringkat tinggi ASEAN melibatkan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio dijadual berlangsung pukul 6 petang ini.
Ia berdasarkan jadual rasmi Jabatan Negara AS, dalam masa yang sama jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova yang sebelum ini mengesahkan perkara tersebut bahawa pertemuan itu sedang dirundingkan.
“6:00 petang waktu tempatan (10:00 GMT) Setiausaha Negara Rubio dijadual bertemu Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov di Kuala Lumpur, Malaysia,” memetik jadual itu rasmi Jabatan Negara AS.
Lavrov kini berada di Malaysia bagi menghadiri siri mesyuarat peringkat menteri yang berlangsung pada hari ini dan esok.
Beliau akan menyertai mesyuarat peringkat menteri luar dalam tiga format: Russia-ASEAN, Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Forum Serantau ASEAN (ARF).
Begitu juga dengan Rubio juga tiba di negara ini pada pagi tadi dan ia merupakan lawatan sulungnya ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini.
Beliau mewakili AS ke mesyuarat ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai. – UTUSAN