KUALA LUMPUR: “Tunggu pengumuman Perdana Menteri sendiri, saya tidak boleh jawab.
Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengenai pengumuman penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, Hannah tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai bila pengumuman itu akan dibuat.
“Itu (pengumuman) tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Kita tunggu pengumuman dari beliau dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Nanti tajuk berita macam-macam saya yang akan kena,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Rakan Muda Turun Kampus siri keenam bagi tahun 2025 di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hari ini.
Kelmarin, Anwar di media sosialnya memberitahu akan mengumumkan satu bentuk penghargaan luar biasa buat seluruh rakyat Malaysia.
“Nantikan,” katanya.
Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat Malaysia. – UTUSAN