Kita boleh lihat pemuzik mana main bagus - XPDC sedia ajak semua sepentas - Utusan Malaysia

Kita boleh lihat pemuzik mana main bagus – XPDC sedia ajak semua sepentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock heavy metal, XPDC tiada masalah untuk menerima undangan beraksi sepentas dengan anggota XPDC aliran berbeza baik XPDC Kita Peng Yu mahupun Real XPDC.

XPDC yang dianggotai Izo (gitaris), Lola (pemain dram), Eddie (basis), Zul Mamu (vokalis) dan Ariff (pemain gitar) percaya penganjuran konsert Family XPDC akan dapat membuktikan kualiti sebenar band masing-masing.

Menurut Izo atau Mohd Zulkifly bin Nik Hussin, 61, dia bukanlah berniat untuk bersaing tapi sekadar menunjukkan kebolehan sebenar XPDC.

“Bila perkara ini jadi persaingan, siap ada tiga kumpulan XPDC kita boleh lihat siapa pemuzik main bagus dan tidak berapa bagus. Dari situ boleh lihat segala-galanya

“Kita panggil juga pengadil yang hebat datang sekali untuk bagi markah. Setakat ini ada yang beri tawaran, tapi apa saya tengok daripada pihak sana ada yang menepisnya.

“Ada juga yang letak harga tak masuk akal supaya persembahan itu tak jadi,” katanya.

XPDC ditemui Utusan Malaysia di sidang media konsert XPDC Metalkestra, di sini, pada Rabu.


Dalam pada itu, menurut Lola atau Saiful Rizla Kamarudin, 52, pihaknya sudah pernah menerima tawaran itu namun mendakwa hasrat itu tidak disambut baik band yang lain.

“Sebenarnya sudah lama jemputan itu dan kami okay sahaja. Tapi, kami ada dengar cerita juga, mereka yang tak mahu.

“Tak kisahlah mana-mana (kumpulan XPDC), tapi dimaklumkan pihak mereka yang cakap perancangan itu tak mungkin hadi. Itu yang mereka cakap dan ada rekod. Sejujurnya kami tiada masalah untuk sepentas dengan yang lain,” kata Lola.

Menurutnya Lola lagi, cadangan penganjuran konsert Family XPDC ada baiknya juga supaya masing-masing dapat bermain muzik dalam suasana harmoni.

“Kami bukan nak bersaing, tapi mahu bermain muzik secara sihat. Kami bukan mahu cakap yang kami ini bagus. Kalau rasa bagus, ada lagi lebih bagus. Muzik bukan untuk dipertandingkan sebenarnya,” tambah Lola.

Terdahulu, anggota XPDC Kita Peng Yu,

Zuar pernah memberi bayangan mahu menganjurkan konsert Family XPDC yang menyatukan kembali semua anggota kumpulan itu di bawah jenama XPDC.

Sebelum ini, XPDC wujud dalam tiga entiti berbeza. XPDC Kita Peng Yu dibarisi oleh Zuar (bes), Amy (dram), Jeff (gitar) serta Ary yang mengisi posisi vokalis menggantikan tempat Allahyarham Mael.

Sementara itu, menampilkan Ali sebagai vokalis bersama Izo (gitar), Eddie (bes), Lola (dram) dan Arif (gitar).

Manakala yang ketiga ialah Real XPDC yang diuruskan Eddy Badry. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN