KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang melonjak sebanyak 43.2 peratus dalam tempoh empat tahun iaitu daripada 2,541 kes pada tahun 2020 kepada 3,892 kes pada tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 2 Tahun 2025 yang dipengerusikannya hari ini turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah mangsa yang mencatatkan lonjakan 55.7 peratus dalam tempoh sama…










