Kerajaan peka dengan keperluan kesihatan rakyat

Kerajaan peka dengan keperluan kesihatan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saringan kesihatan percuma Skim PeKa B40 pertingkatkan pencegahan awal kesihatan

Peka dengan pencegahan awal kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui agensi ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (“Protecthealth”) telah menawarkan saringan kesihatan percuma khususnya kumpulan B40. Mengambil pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati, skim PeKa B40 ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan kumpulan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Lebih daripada setengah juta atau 2.5% dewasa di Malaysia menghidap empat penyakit tidak berjangkit berdasarkan data yang diperolehi oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023.

Empat penyakit utama tersebut ada kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan masalah obesiti. Dua daripada lima dewasa berumur 18 tahun ke atas tidak melakukan

saringan kesihatan dalam tempoh 12 bulan yang lalu adalah 90% daripada mereka merasakan mereka ada sihat. Hal ini amat membimbangkan sekiranya masyarakat tidak peka dan cakna akan kesihatan kendiri. Melalui skim PeKa B40, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berumur 40 tahun ke atas dan pasangannya yang berdaftar layak untuk mendapatkan saringan kesihatan secara percuma.

Sehingga 31 Mei 2025, seramai 1.6 juta rakyat Malaysia yang layak telah melakukan saringan kesihatan di hospital KKM, klinik kesihatan (KK) yang berhampiran dan klinik swasta yang berdaftar dengan ProtectHealth.

Selain manfaat saringan kesihatan percuma, alat bantuan perubatan sebanyak RM20,000 ribu juga dapat dinikmati oleh penerima yang layak. Salah seorang penerima alat bantuan perubatan adalah Puan Halizah yang telah menerima manfaat bantuan alat kaki palsu bawah lutut selepas kehilangan anggota kaki akibat komplikasi kesihatan.

Alat bantuan yang diterima ini membantu Puan Halizah kembali melangkah untuk meneruskan rutin harian. PeKa B40 bukan sekadar bantuan tetapi merupakan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna.

Malah, RM1,000 juga turut diberikan kepada pesakit kanser yang melengkap rawatan kanser. Insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000 turut diberikan kepada manfaat PeKa B40.

Sebagai langkah proaktif untuk mendekati kumpulan B40, ProtectHealth telah melaksanakan saringan kesihatan PeKa B40 secara turun padang melalui lawatan dari rumah ke rumah.

Program ini dijalankan bersama-sama Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Sabah dan PPR Sri Melaka, Cheras menerusi kerjasama strategik antara ProtectHealth dan Megaklinik Zahran. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada penghuni PPR yang berpeluang menjalani saringan kesihatan secara percuma.

 

Skim yang telah memasuki tahun ke enam yang dilaksanakan oleh ProtectHealth ini tidak memerlukan pendaftaran. Semakan kelayakkan boleh di buat di laman sesawang ProtectHealth dengan memasukkan nombor kad pengenalan individu. Sekiranya layak, penerima boleh hadir ke klinik kesihatan yang berhampiran atau klinik swasta yang berdaftar dengan membawa kad pengenalan. Penerima manfaat akan menerima saringan kesihatan percuma pada lawatan yang pertama dan lawatan kedua akan dibuat selepas mengetahui keputusan makmal.

Bagi mereka yang masih belum melakukan saringan kesihatan, rebutlah peluang ini dengan baik. Sayangi diri anda sebelum terlambat. Jadilah individu yang peka dan cakna tentang tahap kesihatan diri.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN