Kelibat harimau risaukan penduduk Kampung Belimbing

Kelibat harimau risaukan penduduk Kampung Belimbing

GHAZALI Sulaiman menunjukkan kesan tapak kaki harimau di Kampung Belimbing, Dungun di Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Kira-kira 200 penduduk di Kampung Belimbing di Hulu Dungun, di sini, gempar dengan kelibat seekor harimau yang kelihatan berkeliaran di kawasan kampung itu sejak Jumaat lalu.

Haiwan pemangsa itu bukan sahaja kelihatan berkeliaran di kawasan kebun, malah menghampiri kediaman penduduk. 

Seorang penduduk, Tuan Zahari Tuan Lasan, 63, berkata, kehilangan 20 kilogram daging beku yang diletakkan dalam kotak ais di hadapan rumahnya terjawab apabila dia melihat seekor harimau sedang memakan anak ayamnya dua hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada awalnya, 20 kilogram daging sejuk beku yang hendak diproses menjadi daging salai hilang. Pada malam tersebut, ketika saya dan isteri mahu tidur, kami terdengar bunyi ayam berkokok kuat di depan rumah. Kami fikir ia musang yang mencuri ayam, namun bila saya suluh, memang terkejut melihat seekor harimau sedang meratah ayam,” katanya semalam.

Tuan Zahari berkata, harimau itu turut memakan ayam milik penduduk lain dan mereka kini terpaksa berkurung pada waktu malam kerana bimbang keselamatan masing-masing.

“Lebih 35 tahun saya tinggal di sini, ini kejadian kali pertama harimau masuk kampung. Kami harap sangat haiwan buas ini dapat ditangkap segera,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, terdapat beberapa kesan tapak kaki haiwan itu di sekitar kediaman penduduk;

Katanya, menurut penduduk, harimau itu dipercayai berada di kawasan bukit berhampiran kawasan ternakan lembu apabila penternak mendakwa terdengar ngaumannya, kelmarin.

Sementara itu Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya sedang membuat kawalan dan pemantauan di kampung tersebut dan mempercayai ia adalah harimau kumbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini