KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bakal membentangkan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (I) Kelantan 2019 dalam versi baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini, sebagai usaha memperkukuh sistem perundangan Islam di negeri itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, draf enakmen berkenaan kini memasuki peringkat semakan akhir oleh pakar perundangan sebelum melalui proses percetakan…











