JOHOR BAHRU: Seorang jururawat di Johor terpaksa menguruskan antara 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, situasi itu jelas menunjukkan negeri ini berdepan isu kekurangan petugas kesihatan yang kritikal, melibatkan hospital-hospital utama. Beliau berkata, tekanan kerja tinggi bukan sahaja menjejaskan moral petugas, malah memberi kesan terhadap kualiti rawatan yang diterima pesakit. Katanya, kerajaan negeri komited bekerjasama…











