SEREMBAN: Pemilik lot kediaman dan kedai di bandar raya ini yang gagal menyelenggara premis mereka sehingga dipenuhi semak dan terbiar berdepan tindakan tegas termasuk dikenakan tindakan mahkamah dan harta dilelong. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, sebagai langkah awal, pemilik diberi notis tujuh hari Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk melakukan pembersihan dan kos ditanggung oleh pemilik itu sendiri. Jelasnya, sebanyak 453 notis…










