KEBIASAANNYA kedai kopi menjadi tempat orang ramai berbual kosong atau berbahas mengenai isu-isu semasa sama ada peringkat kampung, negeri, negara mahupun dunia sambil menikmati secangkir kopi atau secawan teh panas, tetapi berbeza dengan kawasan Nenggiri. Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani menjadikan lokasi itu sebagai ‘kaunter aduan’ untuk mendengar keluh kesah rakyat. Langkah tanpa protokol itu bukan sahaja mendekatkan wakil rakyat muda berkenaan dengan…