LUMUT: Kapal Tempur Pesisir (LCS) 2 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilancarkan semalam dan diberi nama Raja Muda Nala dalam majlis yang berlangsung di Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (LUNAS) di Pangkalan TLDM Lumut, di sini. Upacara penamaan dan pelancaran kapal itu disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sambil disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pada majlis itu, baginda berdua menyaksikan simbolik pelancaran LCS 2 di mana sebuah kendi berisi air yang dibaca surah Yasin dari sembilan buah masjid dari sembilan daerah di Selangor dilepaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya