BANGI: Menghidap kanser payu dara tahap empat tidak pernah mematahkan semangat sebaliknya menjadi pembakar azam untuk menamatkan pengajian dengan hanya berbekalkan semangat arwah ibu sebagai sumber kekuatan. Itu dihadapi seorang graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, pengkhususan Bahasa Melayu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Aisyah Humaira Mohd. Aqbar, 23. Katanya, ujian besar dalam hidupnya bermula ketika berada di tahun satu, semester dua di Sarawak apabila ibunya meninggal dunia akibat strok…