Kanak-kanak tiga tahun cedera digigit anjing

Kanak-kanak tiga tahun cedera digigit anjing

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas digigit seekor anjing ketika berjalan pulang ke rumah bersama neneknya di Lake Edge Puchong di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi ketika mangsa yang ingin pulang ke rumah selepas bermain di taman permainan berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, ketika alam perjalanan mangsa bersama neneknya tiba-tiba diserang seekor anjing jenis kacukan German Shepard yang keluar sendiri dari rumah pemiliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya,  kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian betis kiri akibat gigitan anjing berkenaan.

“Berikutan kejadian berkenaan seorang wanita berusia 60 tahun yang juga pemilik anjing dipanggil semalam bagi membantu siasatan.

“ Siasatan awal mendapati wanita itu tidak memiliki lesen anjing yang sah daripada pihak berkuasa tempatan ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan atas kesalahan kecuaian berkaitan haiwan, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Polis menyeru semua pemilik haiwan peliharaan supaya memastikan haiwan mereka dijaga rapi dan tidak mengancam keselamatan awam. 

“IPD Serdang turut menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi talian 03-8074 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN