‘Kalau kalah, kita tak kahwinkah?’ - Utusan Malaysia

‘Kalau kalah, kita tak kahwinkah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemesraan pasangan selebriti, Keith Foo dan Riena Diana makin mencuri tumpuan apabila masing-masing teruja ketika diusik pertanyaan mengenai perkahwinan.

Dalam nada berseloroh, pelakon, Keith Foo,  mahu terus menyunting Riena sebagai isteri sekiranya mereka berdua diumumkan sebagai pemenang Selebriti Couple Goals Terhangat, Anugerah Melodi Terhangat 2025.

“Kalau diumumkan pemenang, kahwin terus,” kata Keith Foo sambil ketawa ketika diaju pertanyaan mengenai perasaannya jika ditakdirkan memenangi sebarang kategori untuk anugerah kali ini.

Bagaimanapun, Reina atau Nur Qamarina Diana Zulreal terkejut mendengar jawapan itu sambil menepuk manja bahu kekasihnya itu.

“Kalau kalah kita tak kahwinkah?” katanya.

Sebelum ini, pasangan ini tidak berselindung mempunyai perancangan mendirikan rumah tangga.

Keith Foo juga dikatakan sedang mendekati agama dan sudah mempunyai nama baru sekiranya sudah memeluk Islam.

Sementara itu, Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 kembali dengan slogan Hangat Bukan Beshe-Beshe! yang bakal bersiaran di TV3 pada 3 Ogos depan.

Sebanyak 12 kategori anugerah terhangat dipertandingkan seperti Selebriti Drama Sangat Terhangat, Tonton Original Terhangat, Selebriti Ikon Terhangat dan Selebriti Couple Goals Terhangat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN