JPA komited santuni komuniti Kampung Pulau Aman

JPA komited santuni komuniti Kampung Pulau Aman

JALIL Husni Yahaya ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan di Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) komited untuk mengekalkan hubungan baik bersama komuniti di Kampung Pulau Aman di sini, selain terus menaik taraf kemudahan-di pulau itu ketika ini.

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPA, Jalil Husni Yahaya berkata, komitmen itu sebenarnya telah bermula secara tidak langsung sejak kampung tersebut disenaraikan sebagai antara lokasi Program Kampung Angkat MADANI (KAM) tahun lepas.

“Kita dah bina beberapa fasiliti sebelum ini dan kita datang semula untuk tengok pelaksanaannya, penggunaannya serta apa-apa isu yang timbul.

“Setakat ini, kita berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan yang ada. Laluan Denai Alam sebagai contoh, kita buat untuk masyarakat di sekitar Pulau Pinang untuk menikmati kemudahan ini.

“Secara tidak langsung, memberi peluang kepada penduduk di sini untuk menjana pendapatan mereka daripada kehadiran pelancong.

“Insya-Allah, kita akan berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menambah baik kemudahan lain pada masa depan,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis perasmian Program Jalinan Kasih Bersama Penduduk Kampung Pulau Aman semalam.

Jalil Husni berkata, secara keseluruhannya, lebih 100 peserta yang terdiri daripada warga JPA dan komuniti setempat mengambil bahagian dalam Program Jalinan Kasih itu.

Katanya, antara aktiviti dijalankan seperti pertandingan memancing, Eksplorasi Denai Alam dan gotong-royong.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN