ALOR SETAR: Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang tiang amaran sementara semalam di lokasi tragedi meragut enam nyawa sekeluarga di Sungai Korok berhampiran Kampung Kemboja, sebagai langkah awal mempertingkat aspek keselamatan jalan raya di kawasan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Datuk Mohammad Yusof Zakaria berkata, pemasangan tiang dilakukan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian, terutama di tepi tebing sungai yang menjadi…