PETALING JAYA: Sebanyak 35 stesen udara di 13 negeri di Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana pagi ini. Kualiti udara di seluruh negara kekal terkawal setakat pukul 10.30 pagi ini dengan tiada stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat atau lebih teruk. Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 35 stesen terlibat merekodkan bacaan sederhana (51-100) manakala sembilan stesen berada dalam kategori baik (0-50). Antara lokasi dengan bacaan IPU sederhana tertinggi adalah Port Dickson, Negeri Sembilan (99); Johan Setia, Selangor (97)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya