PETALING JAYA: Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin tidak dapat menahan sebak selepas diperintah membela diri terhadap pertuduhan mengabaikan anak autismenya itu, dua tahun lalu. Tertuduh kedua, Ismanira Abdul Manaf dilihat mengalirkan air mata sebelum ditenangkan oleh ahli keluarga sejurus mahkamah ditangguhkan seketika selepas Hakim Dr. Syahliza Warnoh membaca keputusannya. Sementara itu, Zaim Ikhwan Zahari dibebaskan daripada pertuduhan sama dilihat duduk dengan tenang tanpa cuba menenangkan isterinya yang dalam kesedihan.…