Islam berkembang, Melayu diperkasa di bawah Kerajaan Perpaduan

Islam berkembang, Melayu diperkasa di bawah Kerajaan Perpaduan

ASYRAF Wajdi Dusuki (tengah) bersalaman dengan perwakilan semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kampung Jenagor, Kuala Berang, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Agama Islam dan kaum Melayu di negara ini berkembang dan sentiasa diperkasa di bawah  pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, dalam tempoh 30 bulan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan, dapat dilihat kesungguhan Kabinet berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan agenda Islam.

“Tanggapan sedemikian (Islam dan Melayu terancam) adalah tohmahan kerana di bawah Kerajaan Perpaduan, Islam sentiasa berkembang dan diperkasa termasuk melalui peruntukan besar disalurkan oleh kerajaan.

“Contohnya pada tahun ini peruntukan sebanyak RM2 billion diagihkan kepada institusi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  bagi memaju dan membangunkan syiar Islam di Malaysia.

“Jumlah ini satu angka terbesar pernah diterima  institusi terkait agama seperti Jakim di bawah kerajaan persekutuan dan ini tidak termasuk lagi  program Islam,  program memperkasa  pendidikan serta ekonomi orang Melayu melalui Mara, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW). Kita juga dapat lihat bajet sentiasa bertambah, ” katanya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2025 di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi mengingatkan perwakilan dan ahli UMNO  dapat menangani tohmahan tersebut supaya  tidak menimbulkan suasana tidak makmur dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, segelintir pihak mungkin ‘terlupa’  UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan dengan asas serta syarat bahawa perjuangan melibatkan perkara Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN