SUNGAI PETANI: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan kerana disyaki melakukan jenayah rogol dan meminta suapan wang tunai serta habuan seks membabitkan dua kejadian berasingan baru-baru ini. Pegawai berusia 29 tahun yang masih bujang itu ditahan selepas dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sungai Petani pada 3 dan 4 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan…