KUALA LUMPUR: Seramai 171 warga asing ditahan dalam operasi inspektorat dan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di sekitar Jalan Masjid India di sini hari ini. Operasi khas melibatkan 160 anggota dan pegawai Imigresen Putrajaya yang bermula 12 tengah hari itu menyasarkan premis-premis sekitar lokasi berikutan aduan awam berkaitan penggajian pekerja asing tanpa dokumen sah. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman berkata, sebanyak 14 premis diperiksa dan 758 warga asing turut…










