MUAR: Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan palsu dan bersubahat tentang kehilangannya di Sungai Tui, Bukit Kepong pada 14 Julai lalu. Hukuman itu dibuat Majistret Suzana Mokhtar selepas dua beradik berkenaan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka. Suzana turut memerintahkan Tengku Nizaruddin…










