Hubungan ‘terputus’ di Lata Renyuk

Hubungan ‘terputus’ di Lata Renyuk

ABU Bakar Yazid terpaksa 'mencari' rangkaian telefon di kawasan air terjun Lata Renyuk, Jeli, Kelantan. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Pengunjung dan penduduk yang berkelah di air terjun Lata Renyuk di sini, mendakwa mereka ‘terputus’ hubungan setiap kali berkunjung ke kawasan itu susulan ketiadaan liputan rangkaian telefon.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, liputan rangkaian telefon di kawasan tersebut perlahan sekali gus mencetus kebimbangan kepada pengunjung untuk berhubung sekiranya berlaku kecemasan.

Penghulu Mukim Reka, Abu Bakar Yazid berkata, permohonan membina pencawang di kawasan itu telah dikemukakan kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.

“Tapak untuk membina pencawang sudah ada dan lokasi tersebut strategik. Pembinaan ini sudah menjadi keperluan mendesak bukan sahaja kepada pengunjung malah penduduk di sini.

“Dengan adanya kemudahan itu nanti kita dapat berhubung dengan pantas jika berlaku kecemasan sekali gus memudahkan bantuan segera diberikan,” katanya.

Abu Bakar berkata, jumlah pengunjung bertambah setiap kali hujung minggu atau cuti umum yang menjadikan Lata Renyuk sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan di negeri ini.

Pengunjung Hairee Hadi, 38, berkata, masalah rangkaian tele-efon menyebabkannya hanya memperuntukkan masa dua jam untuk berkelah bersama dengan anak-anaknya di kawasan ini.

Dia berharap pembinaan pencawang itu dapat disegerakan kerana Lata Renyuk semakin dikenali oleh penduduk dari luar daerah ini.

“Kawasannya cantik namun dicacatkan dengan ketiadaan kemudahan asas seperti rangkaian telefon. Ini satu kerugian besar buat produk pelancongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×