KANGAR: Perkhidmatan Hohobus yang julung kali diperkenalkan di negeri Perlis dijangka menjadi tarikan baharu pelancongan yang mampu menarik minat orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi serta mengunjungi lokasi ikonik negeri ini. Perkhidmatan bas pelancongan yang lazimnya hanya terdapat di Lembah Klang itu bakal memulakan operasinya hujung minggu ini dengan tambang promosi serendah RM3 bagi dewasa, manakala percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Melalui laluan khas Hohobus, pengunjung…