Hidup boleh jadi lebih bahagia, walaupun cuma kita berdua - Fazura - Utusan Malaysia

Hidup boleh jadi lebih bahagia, walaupun cuma kita berdua – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, bangga melihat usaha yang ditunjukkan anaknya, Nur Fatima Aisya, bagi menjayakan persembahan sempena Hari Kebudayaan Sekolah, hari ini.

Menurut Fazura, Fatima berjaya membuat persembahan dengan lancar selain tidak gugup berhadapan dengan orang ramai.

“Kepada anak perempuanku, Fatima.

Ibu tak dapat nak ungkapkan betapa bangga ibu dengan kamu.

“Kamu telah tunjukkan bahawa setiap

usaha keras akan membuahkan hasil melihat kepada persembahan begitu lancar  semasa Hari Kebudayaan Sekolah.

“Sesiapa pun termasuk ibu akan alami stage fright atau terlupa langkah, ibu tahu beraksi di hadapan orang ramai boleh

melelahkan jiwa.

“Tapi tadi walaupun tak nampak ibu dengan jarak dekat berbanding tahun lepas, kamu tetap berjaya, sayang,” tulisnya menerusi hantaran di media sosial.

Bukan itu sahaja, penyanyi Luar Biasa itu juga bangga apabila anaknya menunjukkan ciri perempuan yang berani secara tidak langsung menginspirasikannya sebagai seorang ibu.

“Sebagai seorang wanita, ibu bangga dengan apa yang kamu akan jadi. Ibu lebih berbangga dengan sifat berdikari, bijak dan keberanian yang kamu tunjukkan setiap hari.

“Hal-hal itulah yang membuatkan ibu yakin bahawa kamu dah ibu boleh membuatkan hidup ini jadi lebih bahagia walaupun hanya kita berdua,” tulisnya.

Kejayaan Fatima hari ini membuat Fazura merasakan kesakitan melahirkan puteri sulungnya itu berbaloi selain memberi jaminan akan terus berada di sisi anaknya sampai bila-bila.

“Apabila ibu ingat semula waktu melahirkan kamu- berpuluh-puluh jarum, kesakitan masa bersalin, malam tak boleh tidur sebab menyusukan kamu, kerenah kecil kamu, semua kehendak dan keperluan kamu.

“Tapi ibu yakin semua itu sangat berbaloi. Ibu akan berusaha keras untuk tengok kamu bahagia.

“Ibu harap kamu tahu bahawa ibu ada di sisi tak kira apa yang kamu lalui.

Ke mana sahaja kamu pergi dan apa jua yang melanda kehidupan, yakinlah ibu adalah rumah yang kamu boleh kembali.

“Ibu sayang kamu, pengarang jantung ibu,” tambahnya.

Terdahulu, Fazura berkongsi video Fatima membuat persembahan tarian sambil memakai baju etnik masyarakat Sarawak dengan iringan lagu Hijau nyanyian asal Datuk Zainal Abidin.

Fazura yang duduk di kerusi penonton melambai-lambai sambil merekod momen indah persembahan anaknya itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN