Harga petrol RON95 RM1.99 seliter mula September

Harga petrol RON95 RM1.99 seliter mulai September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat kepada RM1.99 seliter sebelum akhir September ini.

Beliau berkata, Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM2.00 seliter.

“Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

“Pada masa yang sama, mereka yang tidak layak seperti warganegara asing perlu untuk membayar pada harga pasaran tanpa subsidi.

“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi. Ia tidak melibatkan orang asing hanya untuk warganegara Malaysia,” katanya dalam pengumuman khas hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September depan.

Beliau berkata, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.

“Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.

Sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN