Guru didakwa amang seksual murid perempuan

Guru didakwa amang seksual murid perempuan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Seorang guru sekolah rendah di Kuala Pilah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan berusia sembilan tahun pada 2024.

Tertuduh Ariffin Mohd. Nor, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. 

Mengikut tiga pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun enam bulan bagi tujuan seksual. 

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1 hingga 1.30 tengah hari di perpustakaan sebuah sekolah di Kuala Pilah pada 2 Januari 2024.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). 

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga tempoh 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan. 

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 18 Ogos depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN