KUBANG PASU: Anak bongsu kepada pasangan suami isteri yang ditemukan lemas di Sungai Korok, di sini baru sahaja kehilangan kembarnya akibat masalah kesihatan pada Februari lalu. Pemergian Jebat Haydar itu disusuli kematian pasangan kembarnya, Tuah Haydar yang berusia enam bulan bersama ibu bapa serta dua kakak dan seorang abangnya akibat kejadian itu. Nur Shafika Izani Ishak, adik kepada Allahyarham Mohamad Azim Izat, 32, berkata, mereka mengebumikan enam beranak itu berdekatan…