SEREMBAN: Sekurang-kurangnya tiga orang maut selepas terlibat nahas membabitkan 14 buah motosikal yang dipercayai sedang berkonvoi dalam kejadian di Kilometer 262, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) di sini, awal pagi tadi. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi tadi, kesemua yang terbabit nahas dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di Seremban dan memasuki lebuh raya menuju arah utara. Menurut sumber, konvoi berkenaan melibatkan 14 buah motosikal pelbagai jenis dan kemalangan…










