SEREMBAN: Empat daripada lima lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dalam kes curi mesin penapis air di masjid dikenakan reman oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Perintah reman yang dibaca di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu dikeluarkan Majistret, Nurul Azuin Mohd. Talhah bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Sementara, seorang lagi lelaki ditolak reman kerana siasatan awal mendapati tiada penglibatan dalam kes yang disiasat. Semalam media melaporkan, lima lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya