Empat jam bertarung nyawa, lelaki langgar biri-biri meninggal dunia - Utusan Malaysia

Empat jam bertarung nyawa, lelaki langgar biri-biri meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Selepas empat jam bertarung nyawa, seorang lelaki yang melanggar biri-biri meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabas selepas mengelak haiwan tersebut di tepi Jalan Kampung Pangkal Mak Wan-Kampung Joh di sini hari ini..

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia semasa sedang menerima rawat di Hospital Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Honda C70 sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Pangkal Mak Wan menghala ke Kampung Joh.

“Setiba di lokasi kejadian, lelaki itu dipercayai mengelak daripada seekor biri-biri sebelum terbabas ke bahu jalan. Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

“Mangsa bagaimanapun menghembuskan nafas kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika dirawat di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN