KOTA BHARU: Gandingan pemain sayap dari Cameroon, Emanuel Embargo dan pemain sayap kebangsaan Pakistan kelahiran England, Otis Khan menjadi taruhan Kelantan Red Warriors (KRW) bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025-2026. Kedua-dua pemain import tersebut diperkenal secara rasmi bersama 27 lagi anak didik ketua jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim termasuk pemain tengah menyerang dari Australia, Kayden Craig Soper yang sebelum ini pernah bermain bersama Manjung City FC.…










