Ekspatriat aktif cecah 138,000 orang di Malaysia

Ekspatriat aktif cecah 138,000 orang di Malaysia

ZAKARIA Shaaban (tiga dari kanan) bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong pada Taklimat Integrasi Xpats Gateway di Kuala Lumpur., semalam - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah ekspatriat aktif yang bekerja secara sah di Malaysia mencecah angka 138,000 orang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, angka itu mencerminkan perkembangan ekonomi positif dan peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja asing berkemahiran tinggi di negara ini.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu, selain menjadi petunjuk kepada pertumbuhan peluang perniagaan dan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

Katanya, proses pemohonan pas ekspatriat kini boleh diselesaikan dalam tempoh kurang 20 hari bekerja menerusi sistem ‘Xpats Gateway’.

“Kita sentiasa mencari ruang menambah baik dan memendekkan lagi tempoh pemprosesan permohonan ekspatriat.

“Ini satu langkah sangat baik, bukan sahaja untuk pihak industri, malah memberi manfaat langsung kepada negara daripada sudut ekonomi,” katanya ketika Taklimat Integrasi Xpats Gateway di sini, semalam.

Zakaria berkata, permintaan terhadap tenaga kerja profesional asing juga meningkat, selari dengan sokongan pelabur dan dewan perniagaan antarabangsa seperti Dewan Perniagaan Eropah (EuroCham).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Thomas Mathew berkata, Malaysia perlu bersaing dalam perebutan global menarik bakat asing terutama dalam konteks serantau yang semakin kompetitif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN