ECRL Terengganu capai kemajuan 91.79 peratus 

ECRL Terengganu capai kemajuan 91.79 peratus 

AHMAD Samsuri Mokhtar (tiga dari kiri) hadir melawat kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Jerteh di Besut, Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu menunjukkan kemajuan  tertinggi iaitu 91.79 peratus sehingga bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkembangan projek itu  di Terengganu mengatasi tiga negeri lain iaitu Pahang, Kelantan dan Selangor.

Kata beliau,  projek itu turut mempertimbang pelbagai aspek lain seperti kejadian banjir sewaktu musim tengkujuh dan keadaan semasa kawasan bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan. 

“Pada masa sama kerajaan negeri bersama Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) serta agensi-agensi berkaitan sedang berbincang untuk memastikan pembinaan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dapat dirancang dengan sebaik mungkin. 

“Selain itu, saya akan merujuk dan mendapatkan pandangan  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan berkaitan TOD di kawasan ECRL ketika kunjungan beliau ke Terengganu Sabtu ini,” katanya ketika melawat tapak ECRL di Besut hari ini. 

Menurut Ahmad Samsuri, pergerakan TOD di kawasan terlibat mempunyai cabaran tersendiri kerana ia tidak termasuk dalam sebarang Rancangan Malaysia atau mana-mana pembentangan bajet di peringkat persekutuan. 

“Saya akan dapatkan pandangan beliau tentang TOD ini, yang mana saya rasa isu ini agak generate bukan sahaja di Terengganu, malah di Kelantan dan Pahang juga akan ada isu bagi memastikan ECRL ini dapat memberi manfaat sepatutnya,” katanya. 

Sementara itu, mengulas lanjut kes kecurian kabel di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pemantauan lebih ketat dilakukan di tapak projek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN